Cari:
Iran Benarkan Pemeriksa Antarabangsa Kunjungi Pangkalan Tenteranya dengan Syarat
2015-05-25 11:57:11 CRI Cetak

Iran akan membenarkan pemeriksa nuklear antarabangsa mengunjungi pangkalan tenteranya dengan syarat semuanya dalam kawalan. Demikian dinyatakan Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi semalam.

Menurut laporan stesen televisyen negara Iran, Araghchi berkata, kebenaran tersebut bakal menjadi sebahagian perjanjian muktamad yang dicapai berhubung dengan isu nuklear Iran pada masa akan datang. Pada hari yang sama, Araghchi dan Menteri Luar Iran, Javad Zarif menghadiri mesyuarat tertutup dan membuat laporan ringkas mengenai tumpuan utama rundingan nuklear Iran.

Araghchi juga menegaskan, Iran tidak membenarkan pemeriksa asing mengajukan pertanyaan kepada ahli sains negaranya.

Menurut petikan laman web Agensi Berita Tasnim, Araghchi memberitahu, apa-apa juga tindakan untuk memeriksa kemudahan nuklear negaranya patut diadakan dalam kerangka Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear dan protokol tambahan perjanjian tersebut. Tehran tidak akan membiarkan tindakan yang melampaui batas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China