Cari:
AS Didakwa Provokasi di Laut China Selatan
2015-05-26 12:54:28 CRI Cetak

Tindakan kapal perang AS menjalankan tinjauan di pulau dan terumbu China adalah tindakan yang amat berbahaya dan tidak bertanggungjawab. China telah mengeluarkan bantahan terhadap AS mengenai hal tersebut.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam.

Hua berkata, tindakan kapal perang AS tersebut akan mengundang salah anggap, malah mencetuskan kejadian di luar jangkaan. China menentang provokasi AS seumpama itu.

Hua menyatakan bahawa sejak sekian lama, pelayaran dan penerbangan dijalankan dengan bebasnya di Laut China Selatan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan tidak pernah terjejas. Diharapkan keadaan tersebut kekal pada masa depan.

China sentiasa memberikan perhatian dan menggalakkan pelayaran yang bebas dan selamat di Laut China Selatan, namun kebebasan tersebut sama sekali tidak bermakna kapal perang dan pesawat tentera negara lain diizinkan untuk melanggar undang-undang antarabangsa dan tidak mempedulikan keliberalan serta keselamatan penerbangan dan pelayaran negara berkenaan.

Hua menegaskan lagi keazaman China untuk memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah negara adalah teguh dan kukuh seperti batu karang. China menggesa AS membetulkan kesilapan, mengambil sikap yang rasional dan menghentikan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China