Cari:
China Keluarkan Kertas Putih Strategi Ketenteraan
2015-05-26 14:56:33 CRI Cetak

Kerajaan China hari ini mengeluarkan kertas putih Strategi Ketenteraan China yang menegaskan pelaksanaan dasar strategi ketenteraan pertahanan yang positif, meningkatkan pemodenan pertahanan dan pasukan tentera dan memelihara dengan tegas kedaulatan, keselamatan dan hak serta kepentingan pembangunan negara.

Ini merupakan kertas putih pertahanan kesembilan yang dikeluarkan kerajaan China sejak tahun 1998, namun merupakan kertas putih Strategi Ketenteraan China yang pertama.

Kertas putih ini yang mempunyai 90 ribu patah perkataan dikeluarkan dalam bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol, bahasa Arab dan bahasa Jepun. Kandungannya terdiri daripada enam bahagian, iaitu prakata dan situasi keselamatan dalam negara, misi ketenteraan dan tugas strategik, strategi dasar pertahanan yang positif, pembinaan dan pembangunan tenaga ketenteraan, persiapan pertempuran ketenteraan dan kerjasama keselamatan ketenteraan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China