Cari:
China Bakal Bina Kemudahan Awam di Terumbu Laut China Selatan
2015-05-27 14:22:15 CRI Cetak

Tindakan China membina rumah api di terumbu Huayang dan Chigua di Laut China Selatan adalah untuk menjalankan tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa. Pembinaan rumah api tersebut akan menyediakan perkhidmatan pemanduan arah yang baik kepada kapal yang berlayar di kawasan perairan tersebut, di samping menjamin keselamatan pelayaran. China akan terus membina kemudahan awam lain di terumbu Laut China Selatan berkenaan. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam.

Hua berkata, China berulang kali menegaskan tujuan utama pembangunan terumbu di Laut China Selatan adalah untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa dalam usaha mencari dan menyelamat maritim, mencegah dan mengurangkan bencana, penyelidikan saintifik maritim, peninjauan meteorologi, perlindungan ekologi, keselamatan pemanduan arah dan perkhidmatan industri perikanan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China