Cari:
China Ada Pertimbangan Sendiri dalam Pembinaan Pulau di Laut China Selatan
2015-05-29 14:09:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Projek pembinaan pulau di Laut China Selatan adalah selaras dengan tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa yang dipikul oleh China yang merupakan kuasa besar di dunia. Pihak-pihak tertentu tidak berhak untuk mempertikaikan tindakan China dalam hal tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, mengenai kenyataan Setiausaha Pertahanan AS berhubung dengan pembinaan pulau di Laut China Selatan baru-baru ini.

Hua menyatakan, China telah berkali-kali menjelaskan prinsip dan pendirian dalam isu berkenaan. AS dan negara-negara tertentu tidak bersuara tentang tindakan sesetengah pihak menduduki terumbu China secara haram sejak sekian lama, sebaliknya mengkritik tindakan China melaksanakan pembinaan dalam lingkungan hak kedaulatan yang sah dan munasabah.

Beliau menegaskan lagi bahawa China menggesa AS menunjukkan sikap bertanggungjawab, menghentikan segala kenyataan dan tindakan yang memprovokasi demi kedamaian dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China