Cari:
Operasi SAR Dipergiat
2015-06-03 14:26:00 CRI Cetak

Setakat malam tadi, hanya 14 mangsa berjaya diselamatkan, manakala lima mayat dijumpai selepas kapal membawa 456 penumpang yang kebanyakannya warga emas, karam akibat ribut di Sungai Yangtze, selatan China, malam 1 Jun lepas.

Presiden Xi Jinping mengarahkan pasukan penyelamat berhempas-pulas menyelamatkan mangsa dan menenangkan emosi keluarga mangsa. Perdana Menteri Li Keqiang juga sudah tiba di lokasi kejadian untuk memantau kerja-kerja menyelamat yang sedang dijalankan.

Selepas menziarahi mangsa yang terselamat di Hospital Jianli, provinsi Hubei petang semalam, PM Li memanggil mesyuarat untuk mempergiat operasi mencari dan menyelamat (SAR). Menurut beliau, kerajaan akan menambah bilangan anggota pasukan penyelamat dan menggerakkan lebih banyak aset ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa, selain mempercepat penghantaran bekalan bantuan yang diperlukan.  

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China