Cari:
396 Disahkan Maut dalam Tragedi Kapal Karam
2015-06-06 15:17:09 CRI Cetak

Keadaan cuaca yang baik pada awal pagi tadi memudahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipergiat di lokasi kejadian tenggelamnya kapal peranginan "Bintang Timur" di Sungai Yangtze Isnin lalu.

Selepas kapal itu diangkat dari permukaan air dengan kren besar semalam, anggota penyelamat masuk ke dalamnya untuk mencari seluruh ruang yang dapat diakses bagi mengeluarkan mayat mangsa. Sementara itu, pakar epidemiologi juga memasuki kabin untuk melakukan langkah-langkah pencegahan wabak.

Dalam perkembangan sama, malam tadi, Syarikat Perkapalan Dongfang Chongqing yang menguruskan kapal peranginan "Bintang Timur" itu memohon maaf kepada keluarga mangsa tragedi, sekali gus berjanji membantu siasatan punca nahas dijalankan.

Sejumlah 396 orang disahkan mati dalam nahas itu, manakala hanya 14 disahkan selamat apabila kapal itu karam dengan pantas ketika ribut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China