Cari:
OBAOR Perkasakan Pembinaan Infrastruktur
2015-06-06 15:38:07 CRI Cetak

Forum Pelaburan dan Pembinaan Infrastruktur Antarabangsa (IIICF) ke-6 sempena Forum kerjasama infrastruktur China-Amerika Latin diadakan di Makau, China pada 5 hingga 6 Jun ini. Lebih seribu orang wakil dari lebih 50 negara dan kawasan mengadakan perbincangan tentang penyepaduan ekonomi serantau memperkasakan kerjasama antarabangsa dalam bidang infrastruktur. Sidang kali ini berfokuskan peluang, cabaran dan inovasi cara kerjasama akibat inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (OBAOR) terhadap kerjasama infrastuktur antarabangsa. Negara-negara di kawasan OBAOR amat menanti-nantikan kerjasama dengan China dan berharap inisiatif OBAOR akan memperkasakan kesalinghubungan serta menyediakan daya penggerak baharu bagi pertumbuhan ekonomi masing-masing.

Menteri Pembinaan Myanmar, U Kyaw Lwin berkata, OBAOR merupakan inisiatif pembangunan yang menyambungkan Asia Tengah, Asia Tenggara, Asia Barat dan sebahagian Afrika. Inisiatif tersebut dipercayai akan merangsang pertumbuhan ekonomi di Asia malah seluruh dunia.

Lihat juga
berita lain
v OBAOR Jadi Suara Bersama Asia Barat 2015-04-08 16:14:33
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China