Cari:
Kertas Putih Kemajuan Hak Asasi Manusia China 2014 Jadi Tumpuan
2015-06-09 14:47:51 CRI Cetak

Jabatan Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan Kertas Putih Kemajuan Hak Asasi Manusia China 2014 semalam yang menjelaskan kejayaan China dari sembilan sektor dalam pembangunan hak asasi manusia. Kertas putih tersebut menjadi tumpuan media pelbagai negara di dunia.

Akhbar Lianhezaobao Singapura memetik kandungan kertas putih itu sebagai berkata bahawa kerajaan China menggalakkan perusahaan memberikan pelbagai perkhidmatan internet kepada orang ramai bagi memudahkan orang ramai memperoleh dan bertukar-tukar maklumat.

Akhbar Guo Ji Ri Bao Indonesia menyiarkan rencana yang bertajuk, "Kertas Putih:China Laksanakan Penyeliaan Yang Ketat terhadap Keselamatan Bahan Makanan demi Memelihara Hak dan Kepentingan Pengguna".

Agensi Berita Reuters pula memberikan perhatian terhadap kertas putih tersebut dan memetik kenyataan media China sebagai berkata, China telah mencapai kejayaan dalam "menghormati kebebasan bersuara, kebebasan beragama kaum minoriti dan hak perbicaraan yang adil terhadap orang awam".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China