Cari:
AS Bersedia Lakukan Pembiayaan Bersama
2015-06-10 14:53:08 CRI Cetak

Ketua Timbalan Penolong Setiausaha Negara AS atas hal ehwal ekonomi dan perdagangan, Kurt Tong, ketika menyampaikan syarahan di Pusat Kajian Strategik Kumpulan Pemikir dan Isu Antarabangsa Washington semalam menyatakan bahawa Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) bukanlah "permainan geostrategik" antara AS dengan China. AS bersedia membantu AIIB menjadi sebuah bank yang unggul melalui pembiayaan bersama.

Tegas beliau, pembiayaan bersama adalah kelaziman dalam sektor pembinaan kemudahan infrastruktur bagi membantu mengelakkan risiko modal.

Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim, telah menyampaikan hasrat untuk bekerjasama dengan AIIB dan beliau bersedia untuk menggalakkan interaksi modal insan dan kerjasama pembiayaan bersama. Bank Pembangunan Asia (ADB) dan AIIB juga mengadakan perbincangan seumpama itu.

AS boleh bekerjasama dengan AIIB secara terus dan berkongsi pandangan mengenai struktur AIIB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China