Cari:
Fan Changlong Temui Ashton Carter
2015-06-12 16:30:33 CRI Cetak

Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China Fan Changlong yang sedang melawat A.S. menemui Setiausaha Pertahanan A.S. Ashton Carter di Washington semalam.

Fan Changlong berkata, China dan A.S. mencapai pelbagai hasil penting dalam pembentukan hubungan negara besar model baharu. Hubungan ketenteraan China-A.S berkembang dengan stabil dan kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman yang saling mempercayai. Beliau berharap China dan A.S. berusaha bersama untuk meningkatkan interaksi dan saling mempercayai strategik serta memperkasakan kerjasama.

Carter pula berkata, A.S. menanti-nantikan lawatan Presiden Xi Jinping ke negara itu dan berharap angkatan tentera kedua-dua negara menjalinkan hubungan yang pragmatik dan hubungan itu dapat dikembangan secara berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China