Cari:
Keputusan Muktamad Jabatan Perdagangan AS tentang Tayar Buatan China
2015-06-13 16:00:29 CRI Cetak

Jabatan Perdagangan AS mengumumkan keputusan muktamad yang menganggap China menggunakan kaedah lambakan dan memberi subsidi dalam mengeksport tayar kereta penumpang dan lori ringan kepada AS.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perdagangan China menyatakan bantahan keras dan menganggap keputusan AS ini melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan undang-undang domestik AS. China menggesa AS menangani isu ini dengan berhati-hati bagi mengelakkan perdagangan dan kerjasama industri berkenaan kedua-dua negara daripada terjejas.

AS pernah mengenakan tarif hukuman terhadap tayar kereta penumpang dan lori ringan buatan China pada 11 September tahun 2009 hingga 26 September tahun 2012, iaitu meningkatkan kadar tarif dari 4% kepada 35% pada tahun pertama, 30% pada tahun kedua dan 25% pada tahun ketiga. Tindakan ini mengakibatkan kerugian besar bukan sahaja terhadap industri tayar China, malah juga perdagangan runcit dan pengguna di AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China