Cari:
Forum Selat ke-7 di Xiamen
2015-06-14 15:30:10 CRI Cetak

Forum Selat ke-7 diadakan di bandar Xiamen, provinsi Fujian hari ini. Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yu Zhengsheng menghadiri dan menyampaikan ucapan dalam forum itu.

Yu berkata, forum ini bertemakan "Memberi perhatian terhadap golongan belia, berkhidmat untuk masyarakat peringkat akar umbi". Interaksi antara Tanah Besar dengan Taiwan berdasarkan interaksi saudara setanah air. Interaksi ini memberikan sumbangan besar demi meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, mewujudkan kestabilan di kawasan Selat Taiwan, dan menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Naib Pengerusi Parti Kuomintang, China dan perwakilan golongan belia dari kedua-dua pantai Selat Taiwan serta perwakilan dari peringkat bawah Taiwan masing-masing menyatakan bahawa hubungan Tanah Besar dan Taiwan berkembang secara damai merupakan idaman dan hasrat rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan. Hasrat ini nescaya akan menyebabkan hubungan ini berkembang secara stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China