Cari:
Rakyat Jepun Bantah Draf Undang-undang Keselamatan
2015-06-15 16:25:27 CRI Cetak

Pada petang semalam, kira-kira seramai 25 ribu orang penduduk Jepun berhimpun di sekitar bangunan Diet Jepun untuk membantah kerajaan Shinzo Abe yang menyerahkan beberapa draf undang-undang keselamatan kepada Diet untuk dibahaskan.

Para penunjuk bukan sahaja meliputi penduduk, sarjana dan anggota parti pembangkang yang menyokong pengekalan Perlembagaan yang damai, bahkan pakar konservatif yang dulunya mencadangkan menjalankan pemindaan terhadap Perlembagaan dan veteran Parti Liberal Demokratik juga mengkritik tindakan Abe yang melanggar konstitusionalisme dan demokrasi.

Para penunjuk tersebut telah mengepung bangunan Diet Jepun dan mengadakan perhimpunan dengan melaung-laungkan slogan termasuk "Menentang perang, memelihara fasal kesembilan Perlembagaan", "Membatalkan draf undang-undang perang" dan "Melarang tindakan pemerintah Abe yang degil".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China