Cari:
Projek di Kepulauan Nansha Sasarkan Perkhidmatan Awam
2015-06-16 13:42:51 CRI Cetak

Projek tebus guna tanah di sebahagian pulau dan terumbu Kepulauan Nansha, yang akan selesai dalam masa terdekat, adalah dalam ruang lingkup kedaulatan China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar hari ini berkata, projek tersebut tidak menyasarkan mana-mana negara, tidak menjejaskan kebebasan pelayaran dan lintas udara yang dinikmati semua negara, serta tidak akan merosakkan persekitaran ekologi di Laut China Selatan.

Menurut beliau, kebanyakan projek itu bertujuan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan awam bagi membolehkan China melaksanakan dengan baik kewajipan dan tanggungjawab antarabangsa dalam pelbagai bidang, termasuk usaha mencari dan menyelamat di laut, penyelidikan saintifik marin, pencerapan meteorologi, perlindungan persekitaran ekologi dan perkhidmatan untuk industri perikanan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China