Cari:
Usul Pemilihan Umum Sesuai dengan Keadaan Semasa HK
2015-06-17 13:21:07 CRI Cetak

Pembangunan demokrasi Hong Kong dijangka menghadapi kebuntuan, malah perbalahan politik akan berterusan jika usul pemilihan umum gagal diluluskan. Demikian ujar Timbalan Pesuruhjaya Kementerian Luar di Hong Kong, Song Ru'an semalam.

Majlis Undangan Hong Kong akan membahaskan usul mengenai cara pemilihan ketua eksekutif melalui hak undi umum hari ini. Sehubungan dengan itu, Song Ru'an dalam sidang media bersama wartawan asing semalam berkata, usul yang dikemukakan oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong itu bersifat demokratik, terbuka dan adil. Usul tersebut bukan sahaja mewakili sistem yang paling demokratik dalam sejarah Hong Kong, malah bersesuaian dengan keadaan semasanya. Pembangunan demokrasi dan sosial Hong Kong akan mengorak selangkah penting ke hadapan sekiranya usul itu diluluskan.

Tambah beliau, ketua eksekutif yang dipilih melalui hak undi umum bakal mendapat pengiktirafan yang meluas daripada masyarakat awam. Hal ini juga akan membantu kerajaan Hong Kong menjalankan pentadbiran dengan lebih baik untuk menerajui pembangunan ekonomi dan memperbaiki kesejahteraan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China