Cari:
Polis Indonesia Tunjuk Bukti Wang Rasuah Australia
2015-06-18 18:49:28 CRI Cetak
Ketegangan antara Jakarta dan Canberra berhubung isu orang hanyut semakin memuncak apabila pihak berkuasa Indonesia, semalam menunjukkan sejumlah wang kertas Australia, yang dipercayai digunakan untuk merasuah kapten dan bot nelayan yang diarahkan berpatah balik ke perairan Indonesia sebagai cara mengekang aktiviti penyeludupan manusia.

Portal Al Jazeera yang diberi laporan eksklusif berhubung isu berkenaan, menyiarkan rakaman pegawai penguat kuasa Indonesia mengeluarkan berpuluh-puluh keping wang dolar Australia daripada beberapa sampul yang disusun di atas meja.

Dalam pada itu, pegawai kanan polis Indonesia, Endang Sunjaya berkata, tindakan penguat kuasa Australia memberikan wang kepada kapten dan krew bot merupakan kesalahan rasuah mengikut undang-undang negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China