Cari:
Forum Lanting S&ED, CPE di Beijing
2015-06-20 16:38:45 CRI Cetak

Forum Lanting yang bertemakan "Bina Hubungan Baharu Kuasa Besar China-AS: Dialog, Kesalingpercayaan dan Kerjasama" diadakan di Kementerian Luar China semalam. Penolong Menteri Luar China, Zheng Zeguang, Naib Menteri Kewangan, Zhu Guangyao dan Naib Menteri Pendidikan, Liu Limin masing-masing memaklumkan keadaan mengenai Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS (S&ED) ketujuh dan Rundingan Peringkat Tinggi Pertukaran Sosiobudaya China-AS (CPE) keenam.

Dimaklumkan, S&ED ke-7 dan CPE ke-6 yang akan diadakan di Washington pada 23 hingga 24 Jun nanti, merupakan satu lagi komunikasi strategik di peringkat tinggi China dan AS pada tahun ini. Dialog dan rundingan pusingan ini amat bermakna bagi meningkatkan persefahaman dan kesalingpercayaan serta kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua pihak, selain sebagai persiapan bagi lawatan Presiden Xi Jinping ke AS pada September tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China