Cari:
Kerajaan Pusat Kekal Sokong HK
2015-06-20 15:20:02 CRI Cetak

Kerajaan pusat akan terus memberikan sokongan kepada Hong Kong (HK) dalam pertukaran dan kerjasama dengan pelbagai negara, di samping komited melindungi kepentingan pelabur asing di HK di sisi undang-undang. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menyentuh usul pemilihan umum yang gagal diluluskan oleh Majlis Undangan HK pada 18 Jun lalu, Hong berkata bahawa usul yang dikemukakan kerajaan HK itu selaras dengan Perlembagaan dan Undang-undang Asas. Usul itu bersifat rasional dan praktikal, dan mendapat sokongan majoriti penduduk tempatan. Sesetengah anggota Majlis Undangan HK memveto usul tersebut bagi tujuan menghalang pembangunan demokrasi HK. Hal ini menyebabkan HK terlepas peluang penting untuk merealisasikan pemilihan ketua eksekutif melalui hak undi umum.

Tambah beliau, kerajaan pusat akan terus menyokong pentadbiran kerajaan HK serta usaha wilayah pentadbiran khas ini untuk membangunkan demokrasi secara berperingkat dan merealisasikan pemilihan ketua eksekutif melalui "satu orang, satu undi".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China