Cari:
PM Li: Galak Kerjasama Perindustrian Antarabangsa
2015-06-20 15:21:38 CRI Cetak

China perlu mengambil peluang daripada inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) untuk memperkasakan kerjasama perindustrian dengan pelbagai negara.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang dalam mesyuarat kerja tentang penyertaan syarikat milik negara (SOEs) dalam pembinaan OBAOR serta kerjasama perindustrian dan pembuatan kelengkapan antarabagsa, yang diadakan di Beijing pada 18 hingga 19 Jun lalu.

Menurut beliau, kerjasama tersebut perlu diintensifkan bagi menjana pembangunan yang berorentasikan keterbukaan pintu. Hal ini bukan sahaja membantu mengatasi tekanan kemerosotan ekonomi, tetapi juga boleh meningkatkan prestasi industri pembuatan negara ini di rantaian industri global.

Beliau turut memberikan penghargaan kepada SOEs yang merintis usaha menerokai pasaran kelengkapan di luar negara pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China