Cari:
China Galakkan Kemudahan Pengurusan Visa
2015-06-25 15:48:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China akan berunding dengan negara-negara yang berkenaan untuk terus menggalakkan kemudahan pengurusan visa, dan juga menyediakan perlindungan konsulat dan perkhidmatan bantuan yang berkesan kepada warga China di seberang laut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata demikian semalam.

Lu Kang berkata, China dan AS telah mencapai persetujuan yang saling memberi keutamaan dalam pengurusan visa perdagangan, pelancongan dan pelajar seberang laut pada tahun lepas. Pada lima bulan pertama tahun ini, jumlah warga China yang menjalankan perniagaan dan melancong ke AS telah meningkat sebanyak 31 peratus.

Kini, China telah menandatangani perjanjian pelaksanaan bebas visa yang melibatkan pelbagai jenis pasport dengan 99 buah negara. Terdapat 11 buah negara dan kawasan secara sepihak mengizinkan warga China memasuki wilayahnya tanpa visa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China