Cari:
57 Negara Bakal Tandatangan Perjanjian AIIB
2015-06-26 14:15:42 CRI Cetak

Upacara penandatanganan Perjanjian Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) akan diadakan di Beijing pada 29 Jun depan. Presiden China, Xi Jinping akan menemui ketua delegasi negara-negara anggota pengasas AIIB yang akan menghadiri upacara tersebut. Perdana Menteri, Li Keqiang, akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Menteri Kewangan Khas AIIB yang diadakan bersempena dengan berlangsungnya upacara tersebut.

Kerja-kerja persiapan AIIB telah dimulakan pada tahun 2014. Selepas wakil dari 22 buah negara Asia yang berhasrat untuk menjadi negara anggota pengasas AIIB menandatangani Memorandum Penubuhan AIIB di Beijing pada bulan Oktober tahun lalu, semakin banyak negara mengemukakan permohonan untuk menjadi negara anggota pengasas. Sehubungan dengan itu, rundingan mengenai perjanjian AIIB telah dipercepat. Sehingga 31 Mac lalu, jumlah negara yang berhasrat untuk menjadi negara anggota pengasas mencatat 57 negara yang merangkumi Asia, Oceania, Eropah, Amerika Latin dan Afrika.

Menteri Kewangan China, Lou Jiwei berkata pihak-pihak terbabit telah mencapai persepakatan mengenai isu utama AIIB seperti misi dan visi, kelayakan anggota, ekuiti dan hak mengundi, pengelolaan, struktur pentadbiran dan mekanisme membuat keputusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China