Cari:
China Sempurnakan Sistem Bantuan Guaman
2015-07-03 13:24:48 CRI Cetak

Baru-baru ini, mesyuarat ke-12 Kumpulan Kerja Pusat Parti Komunis China bagi Mengintensifkan Pembaharuan baru-baru ini meluluskan "Cadangan untuk Menyempurnakan Sistem Bantuan Guaman" yang memperincikan langkah-langkah untuk memperluas skop bantuan bagi menyempurnakan sistem berkenaan. Kementerian Kehakiman China semalam telah mengadakan sidang akhbar untuk menghuraikan hal ini.

Bantuan guaman bermaksud dengan pimpinan dan pengantaraan jabatan bantuan guaman negara, peguam atau notaris menawarkan perkhidmatan guaman percuma atau lebih murah kepada golongan miskin atau kurang mampu bagi memastikan hak dan kepentingan sah mereka terjamin.

Menurut Naib Menteri Kehakiman China, Zhao Dacheng, dokumen yang baru diluluskan itu menggesa pihak-pihak berkenaan supaya memperluas skop bantuan untuk membolehkan lebih ramai orang mendapat bantuan yang diperlukan. Katanya, "Pertama, bantuan guaman diperluas dalam sektor pentadbiran awam. Bidang-bidang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat termasuk jaminan pekerjaan, keluarga dan perkahwinan, bahan makanan, pendidikan dan perubatan dimasukkan dalam lingkungan bantuan guaman. Kedua, bantuan guaman kepada golongan yang lemah perlu ditingkatkan, khususnya pekerja migran, penganggur, wanita, orang belum dewasa, orang tua, orang kurang upaya, anggota tentera dan keluarga mereka."

Sistem bantuan guaman China mula dilaksanakan sejak Ordinan Bantuan Guaman dikuatkuasakan pada tahun 2003. Setakat ini, China telah menangani sebanyak 7.53 juta kes terbabit dan seramai 9.07 juta orang telah menerima bantuan guaman. Namun, terdapat banyak kesukaran dalam proses pembangunan sistem bantuan guaman negara ini, khususnya masalah kekurangan dana dan tenaga profesional, liputan yang kurang luas dan jurang perbezaan taraf perkhidmatan. Menurut Ketua Jabatan Bantuan Guaman Kementerian Kehakiman China, Sun Jianying, pihaknya akan menambah pusat bantuan guaman di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar dan kawasan kediaman. Selain itu, pertubuhan kalangan rakyat turut dialu-alukan menyertai kerja bantuan guaman. Katanya, "Kini terdapat lebih 60 ribu pusat bantuan guaman di seluruh negara. Kami bercadang untuk memperluas liputannya dan memberikan khidmat nasihat melalui internet kepada penduduk di kawasan jauh dan terpencil. Kini bantuan guaman terutamanya diberikan oleh institusi pentadbiran kehakiman. Kami mengalu-alukan pertubuhan kalangan rakyat melibatkan diri dalam usaha ini."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China