Cari:
China, Penyumbang Besar Perang Antifasis
2015-07-07 17:01:02 CRI Cetak

Hari ini merupakan ulang tahun ke-78 Peristiwa Jambatan Lugou, iaitu peristiwa serangan tentera penceroboh Jepun ke atas jambatan berkenaan di Beijing, China pada 7 Julai 1937. Dalam perang rakyat China menentang pencerobohan Jepun yang berlarutan lapan tahun hinggalah Jepun secara rasminya menyerah kalah pada 2 September 1945, lebih 35 juta askar dan orang awam telah cedera dan maut. China, sebuah negara mundur yang ketika itu belum melangkah masuk ke era modenisasi, berjaya menumpaskan tentera Jepun yang terdiri daripada lebih 1.5 juta askar terlatih sehingga akhirnya memperoleh kemenangan dalam perang antifasis tersebut.

Perang rakyat China menentang pencerobohan Jepun berlarutan 14 tahun sekiranya dihitung sejak Peristiwa 18 September 1931, dan 8 tahun kalau dikira sejak tahun 1937. China boleh dikatakan medan utama yang terawal dalam Perang Antifasis Dunia. Tempoh perang antifasis China juga lebih panjang daripada yang dialami Britain, Kesatuan Soviet dan AS ketika menentang pencerobohan Fasis di Barat.

Pakar isu Jepun dari Yayasan Sejarah Asia Timur Laut Korea Selatan berpendapat, sebagai medan utama, perang China menentang penceroboh Jepun amat sukar. Tentera China yang berani dan sanggup berjuang bermati-matian memainkan peranan penting untuk menghapuskan Fasis Jepun.

Menurut statistik Jepun, jumlah kecederaan dan kematian yang dialami Jepun dalam perang dengan China mencecah 1.95 juta. Antaranya, 1.33 juta mati dan cedera di medan China, 446 ribu ditembak mati di medan China, manakala 190 ribu ditembak mati di medan Pasifik dan Asia Tenggara. Dalam perang Timur Jauh pula, pasukan tentera Kesatuan Soviet menembak mati 80 ribu orang Jepun. Selepas ditewaskan dalam perang, jumlah tentera Jepun yang menyerah kalah kepada China mencatat lebih 1.283 juta, kira-kira separuh bilangan tentera Jepun yang berbuat demikian di seberang laut.

Pakar-pakar antarabangsa berpendapat, perang rakyat China menentang pencerobohan Jepun merupakan sebahagian utama daripada Perang Antifasisi Dunia, dan memainkan peranan penting yang membawa kepada kemenangan perang tersebut.

Bagi China yang merupakan pemenang dalam perang menentang pencerobohan Jepun, tahun ini amat bermakna. Sebenarnya, tahun ini juga amat penting bagi Jepun, yang perlu mengakui sejarah jenayah pencerobohan dan membuat permohonan maaf kepada mangsa-mangsa jenayah mereka, untuk mewujudkan persefahaman dengan negara-negara jiran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China