Cari:
Sidang Khas Negara Kawasan Euro tentang Krisis Hutang Greece
2015-07-07 16:30:49 CRI Cetak

Berdasarkan keputusan undian oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Greece pada 5 Julai lalu, pungutan suara mengenai draf perjanjian "Pembaharuan untuk Mendapat Modal" oleh pemiutang antarabangsa telah berpihak kepada kumpulan penentang.

Negara-negara kawasan euro akan mengadakan sidang khas di Brussels hari ini dan berharap agar kerajaan Greece mengemukakan cadangan baharu bagi menyelesaikan krisis hutang.

Pemimpin parti pembangkang Greece dan pemimpin gabungan pemerintah negara itu menandatangani kenyataan menyokong Perdana Menteri, Alexis Tsipras, kembali ke meja rundingan dan menandatangani perjanjian yang baharu dengan pemiutang antarabangsa bagi mengelakkan kegagalan membayar hutang dan keluar dari kawasan euro.

Menurut Alexis Tsipras, rakyat Greece yang menolak draf perjanjian pemiutang antarabangsa bukan untuk mewujudkan perselisihan, malah negara itu berusaha untuk mencapai perjanjian yang adil dan praktikal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China