Cari:
Xi Berucap dalam Sidang Kemuncak SCO
2015-07-11 09:51:32 CRI Cetak

 

 

Sidang Ke-15 Majlis Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diadakan di Ufa, Rusia semalam. Presiden China Xi Jinping, Presiden Rusia, Vladimir Putin, Presiden Kazakhstan Nursultan Nazaerbayev, Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev, Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon, dan Presiden Uzbekistan, Islam Karimov telah menghadiri sidang kemuncak itu.

Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Bersatu Padu Hadapi Cabaran, Galakkan Pembangunan SCO". Beliau menegaskan, negara-negara anggota sepatutnya mempercepat langkah untuk membina komuniti yang berkongsi nasib, bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan, memperkukuh persahabatan dan menggalakkan pembangunan SCO. 

Xi dalam ucapannya berkata, sejak Sidang Kemuncak SCO di Dushanbe pada tahun lalu, anggota SCO berkoordinasi dan bekerjasama rapat, kemampuan memeliharaan keamanan dan kestabilan diperkuat. Namun, disebabkan unsur-unsur luar, kestabilan dan pembangunan ekonomi serantau menghadapi pelbagai cabaran.

Untuk menggalakkan pembangunan SCO ke tahap yang baharu, Xi mengemukakan cadangan lima perkara seperti berikut.

Pertama, mengamalkan "Semangat Shanghai" dalam membina komuniti serantau yang berkongsi nasib bersama. Menyelesaikan perselisihan secara damai dan menggalakkan kemakmuran demi situasi menang-menang.

Kedua, meningkatkan kemampuan operasi untuk mengukuhkan penjagaan keselamatan serantau. Meningkatkan kerjasama antikeganasan, antidadah dan kerjasama di sempadan anggota.

Ketiga, meneroka potensi kerjasama dan memperkayakan kerjasama pragmatik. Menggalakkan liberalisasi pelaburan dan perdagangan.

Keempat, memperkukuh persahabatan dalam kalangan rakyat dan meningkatkan kerjasama dalam bidang penyelamatan bencana, pencegahan penyakit berjanggit dan interaksi rakyat.

Kelima, bersikap terbuka untuk menggalakkan pembangunan SCO.

Pemimpin SCO mencapai persepakatan untuk membina zon ekonomi Jalan Sutera, menjamin pembangunan sosioekonomi yang berterusan, menggalakkan kerjasama dalam bidang pelaburan, industri, pengangkutan, komunikasi, pertanian, sains dan teknologi, kesihatan dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China