Cari:
Lawatan Xi Jinping Berhasil
2015-07-12 11:32:51 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping kembali ke Beijing semalam selepas menghadiri Pertemuan ke-7 Pemimpin BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) dan Sidang Ke-15 Majlis Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO). Menteri Luar China, Wang Yi yang mengiringi Xi dalam lawatan tersebut memberi taklimat tentang hasil lawatan Xi kali ini.

      Wang Yi berkata, mekanisme BRICS dan SCO merupakan rangka kerjasama multilateral yang terdiri daripada negara-negara membangun atau negara-negara pasaran baru muncul. Presiden Xi Jinping dan pemimpin dari negara-negara BRICS dan 20 negara Asia-Eropah berhimpun di Ufa adalah untuk meningkatkan perpaduan dan kerjasama BRICS, menggalakkan pembangunan SCO, merapatkan hubungan dua hala, menggalakkan pembinaan Satu Jalur dan Satu Laluan (OBAOR), memperkukuh hasil kemenangan Perang Dunia II, dan memelihara peraturan antarabangsa yang berteraskan PBB. 

Wang Yi berkata, hasil lawasan Presiden Xi adalah seperti berikut:      

Pertama, meningkatkan kerjasama BRICS dan memupuk komuniti yang berkongsi nasib. Xi Jinping mengemukakan cadangan empat perkara untuk meningkatkan kerjasama BRICS. Penandatangan "Deklarasi Ufa" menyediakan panduan kepada pembangunan kerjasama negara BRICS.

Kedua, membimbing pembangunan SCO dan membina komuniti yang berkongsi nasib. SCO merupakan platform penting bagi memelihara kestablilan dan menggalakkan pembangunan bersama serantau. Pelbagai pemimpin menandatangani "Perjanjian Kerjasama Sempadan Anggota SCO", menyermpurnakan asas kerjasama dari segi undang-undang. 

Ketiga, menyuarakan kerjasama untuk situasi menang-menang, menyampaikan pengaruh positif China. Xi telah menerangkan konsep diplomasi dan pembangunan China dan menyeru penubuhan hubungan antarabangsa yang baharu. Beliau juga menyeru pelbagai negara menghormati hasil kemenangan Perang Dunia II. Dokumen Sidang kemuncak BRICS menetang fahaman militerisme dan Fasis. Manakala, Sidang Kemuncak SCO mengeluarkan "Pengumuman Memperingati Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Dunia II" untuk membina hubungan antarabangsa yang baharu.
 
Keempat, mempergiat kerjasama dan membina rangka kerjasama untuk situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China