Cari:
PM Li: Hubungan China-Jepun Memberi Kesan kepada Kemakmuran Serantau
2015-07-18 16:01:49 CRI Cetak

Jepun diharapkan memenuhi janjinya dalam isu sejarah dan mengendalikan keprihatinan negara-negara di rantau Asia dengan bersungguh-sungguh. Harapan itu dilahirkan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika ditemui Pengerusi Majlis Keselamatan Negara Jepun, Shotaro Yachi di Beijing petang semalam.

Li Keqiang berkata, hubungan China dan Jepun tetap menghadapi situasi yang sensitif dan rumit pada masa ini sedangkan kedua-dua negara mempunyai hasrat untuk memperbaiki hubungan dua hala. Hubungan antara China dengan Jepun bukan sahaja berkaitan dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah mempengaruhi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau. Kedua-dua negara ini perlu meningkatkan interaksi dalam pelbagai bidang dan memupuk rasa persefahaman di kalangan rakyat bagi menyediakan asas kepada perkembangan hubungan dalam jangka yang panjang.

Shotaro Yachi pula berkata, interaksi dalam politik, ekonomi dan kebudayaan serta usaha meningkatkan persefahaman adalah amat penting. Jepun akan mengekalkan jalan pembangunan damai dan bersedia mengendalikan isu sejarah dengan pandangan yang betul.

Shotaro Yachi datang ke Beijing untuk menghadiri Dialog Politik Peringkat Tinggi pertama China-Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China