Cari:
AS dan Cuba Pulihkan Hubungan Diplomatik
2015-07-21 14:50:33 CRI Cetak

Majlis pembukaan Kedutaan Cuba ke AS diadakan di Washington semalam, pada hari yang sama, jabatan perwakilan kepentingan AS ke Cuba dinaik taraf sebagai kedutaan.

Menteri Luar Kuba, Bruno Rodriguez yang sedang melawat AS telah mengadakan rundingan dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry petang semalam.

Dalam sidang media selepas rundingan itu berakhir, Kerry menyatakan bahawa kedua-dua negara ini memulihkan hubungan diplomatik selepas 54 tahun dan kedutaan turut dibuka semula di kedua-dua negara. Beliau menyifatkan hari itu sebagai hari bersejarah. Namun, beliau mengakui perselisihan masih wujud antara kedua-dua negara dan pemulihan hubungan bilateral dengan menyeluruh masih memerlukan masa.

Rodriguez menyatakan bahawa AS perlu membatalkan sekatan ekonomi dan perdagangan terhadap Cuba, memulangkan wilayah Guantánamo kepada Cuba, serentak itu menghormati kedaulatan Cuba serta memberikan ganti rugi kepada rakyat Cuba atas kerugian yang mereka alami. Dengan demikian, kedua-dua pihak baru dapat terus memperbaiki hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China