Cari:
Pelaburan China ke Negara di Kawasan "Satu Jalur, Satu Laluan" Meningkat 22.2%
2015-07-22 15:54:08 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang menyatakan bahawa pelaburan langsung syarikat China terhadap 48 buah negara di kawasan "Satu Jalur, Satu Laluan" pada setengah tahun pertama tahun ini mencatat USD 7.05 bilion dengan meningkat 22.2% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Shen Danyang dalam sidang media semalam mengatakan bahawa syarikat China telah mengikat kontrak untuk sebanyak 1,401 buah projek di 60 buah negara di kawasan tersebut. Jumlah pelaburan menurut kontrak yang baharu bernilai USD 37.55 bilion dengan meningkat 16.7% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Fokus pelaburan tersebut tertumpu kepada Singapura, Indonesia, Laos, Rusia, Khazakhstan dan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China