Cari:
Jepun Digesa Tangani Isu Taiwan dengan Bijak
2015-07-25 15:46:27 CRI Cetak

China menyatakan keprihatinan yang serius dan ketidakpuasan yang hebat terhadap Jepun yang mengizinkan lawatan Lee Teng-hui ke Jepun. China menggesa Jepun supaya mengendalikan isu Taiwan dengan bijak, mengelakkan peletakan halangan politik yang baharu bagi hubungan China-Jepun.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam.

Menurut beliau, Lee merupakan pendegil yang menyokong "kemerdekaan Taiwan". Jepun tidak mengendahkan bantahan China dan memberikan kemudahan kepada Lee untuk melakukan aktiviti "kemerdekaan Taiwan" di Jepun.

Tambah beliau, isu Taiwan berkaitan dengan kepentingan teras China. China menentang sesiapa sahaja melakukan aktiviti "kemerdekaan Taiwan" melalui apa jua cara. China juga menentang keras mana-mana negara menyediakan platform politik kepada orang yang menyokong "kemerdekaan Taiwan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China