Cari:
Jepun Mesti Patuhi Perisytiharan Potsdam
2015-07-27 15:32:23 CRI Cetak

Pada 26 Julai 1945, China, Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah mengeluarkan Perisytiharan Potsdam, salah satu dokumen undang-undang yang menyediakan asas bagi order antarabangsa pasca perang yang memainkan peranan penting dalam usaha memelihara kedamaian dan kestabilan dunia. Perisytiharan itu memaktubkan kandungan utama Pengumuman Kaherah yang dikeluarkan dua tahun sebelumnya, yang telah menjelaskan sifat pencerobohan perang, cara mengendalikan Jepun dan wilayah Jepun selepas Perang Dunia II, serta menetapkan rangka asas order antarabangsa di Asia Pasifik.

Sebagai dokumen perundangan yang menjunjung keadilan, Perisytiharan Potsdam menyebut dengan jelas tentang penghapusan militarisme Jepun dan menyediakan asas bagi perlembagaan baharu Jepun yang dikuatkuasakan pada tahun 1947, iaitu Jepun tidak akan melancarkan perang terhadap negara lain, tidak akan mengugut mahupun menggunakan kekerasan sebagai cara menyelesaikan perselisihan antarabangsa, dan tidak mempunyai tentera darat, laut dan udara atau kekuatan tentera yang lain.

Di samping itu, Perisytiharan Potsdam juga menyediakan asas undang-undang yang menetapkan kedaulatan wilayah antara China dengan Jepun. Dalam fasal ke-8 dokumen itu dinyatakan, "kedaulatan Jepun hanya meliputi kepulauan utama iaitu Honshu, Hokkaido, Kyushu, Shikoku, serta pulau-pulau yang ditetapkan". Wilayah China yang dirampas oleh Jepun melalui perang pencerobohan turut dikembalikan.

Kini, 70 tahun kemudian, Perisytiharan Potsdam masih lagi membawa makna penting bukan sahaja bagi memperingati kemenangan perang antifasis dunia, tetapi juga sebagai peringatan kepada manusia sekarang supaya mempertahankan kedamaian dan order antarabangsa.

Namun, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kumpulan sayap kanan Jepun sering kali cuba memutarbelitkan sejarah dan melakukan perbuatan yang mencabar order antarabangsa. Tindakan menziarahi Yasukuni Jinja, memutarbalikkan buku teks sejarah, membatalkan larangan pelaksanaan hak pertahanan diri kolektif, malah kenyataan Perdana Menteri, Shinzo Abe yang menafikan relevennya kandungan Perisytiharan Potsdam, mungkin menjerumuskan Jepun ke dalam situasi yang berbahaya bahkan menggugat kedamaian dan kestabilan serantau.

Hanya dengan "berkerat rotan, berpatah arang" dengan militarisme, mengakui sejarah pencerobohan dan memikul tanggungjawab, barulah negara itu boleh mendapat kemaafan daripada rakyat negara-negara Asia, menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara tersebut serta mencipta masa depan yang cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China