Cari:
Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Diumumkan Hari Ini
2015-07-31 15:42:39 CRI Cetak

Seramai 1,400 wartawan tiba di Kuala Lumpur, Malaysia untuk membuat liputan tentang Perhimpunan ke-128 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang diadakan pada 31 Julai hingga 3 Ogos. Tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24 tahun 2022 akan dipilih dan diumumkan pada hari ini. Almaty dan Beijing, dua buah bandar calon akan masing-masing membuat penyampaian dan menjawab soalan pada pagi ini.

Delegasi Suruhanjaya Permohonan Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing di samping menyampaikan komitmen Beijing dan menegaskan tiada pihak yang "kalah" dalam pemilihan ini, kerana permohonan penganjuran temasya sukan ini turut menggalakkan sukan musim sejuk di China.

Komitmen Beijing mencakupi tiga perkara, iaitu atlet diutamakan, pembangunan lestari, dan berjimat cermat dalam penganjuran pertandingan.

Pegawai Perlindungan Alam Sekitar, Suruhanjaya Permohonan Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Fang Li berkata, Beijing menjanjikan udara yang bersih sempena Sukan Olimpin itu.

"Sekiranya Beijing berjaya menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, PM2.5 dalam udara akan dikurangkan 45% pada tahun 2022 berbanding tahun 2012."

Pegawai Kewangan suruhanjaya tersebut, Zhou Xing menyatakan, Beijing komited akan menyediakan makanan enak tapi tidak mahal kepada atlet.

"Jumlah bajet Sukan Olimpik ini sebanyak USD1.51 bilion (RM5.76 bilion). China akan menganjurkan temasya ini dengan konsep berjimat cermat."

Datuk Bandar Zhangjiakou, Hou Liang berkata, China akan memastikan temasya sukan ini mencapai standard Sukan Olimpik Musim Sejuk.

"Jumlah salji di bandar Zhangjiakou adalah mencukupi. Purata ketebalan salji mencatat 60 sentimeter hingga satu meter."

Jurucakap suruhanjaya permohonan Beijing, Wang Hui berpendapat, tidak kira pihak mana yang terpilih menjadi penganjur, tiada pihak yang "kalah". Proses permohonan Beijing telah meninggalkan banyak warisan yang menggalakkan perkembangan aktiviti musim sejuk di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China