Cari:
Wang Yi Bertemu dengan Sergei Lavrov
2015-08-05 16:52:15 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov, sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN dan siri mesyuarat Menteri Luar di Malaysia.

Wang berkata, China dan Rusia masing-masing mengadakan aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia pada tahun ini yang menunjukkan sumbangan kedua-dua negara dalam kemenangan perang dunia tersebut dan komitmen dalam memelihara piagam dan prinsip PBB serta piawaian asas hubungan antarabangsa. China mengalu-alukan Presiden Putin menghadiri aktiviti yang bakal diadakan pada 3 September di Beijing nanti.

Lavrov pula berkata, pihaknya memuji hasil kehadiran Presiden Xi Jinping pada upacara peringatan "9 Mei", Sidang Kemuncak BRICS dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO). Perkembangan hubungan rakan strategik komprehensif Rusia-China sangat bermanfaat kepada kestabilan dunia. Pihaknya bersedia untuk mengekalkan koordinasi dengan China dalam PBB, BRICS dan SCO demi memelihara keamanan dan kemakmuran dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China