Cari:
Abe akan Kemukakan "Kenyataan Abe" 14 Ogos
2015-08-08 15:50:39 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengeluarkan "Kenyataan Abe" sempena ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 14 Ogos nanti. Kenyataan itu akan dikeluarkan sebagai resolusi Diet.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Abe dalam sidang peringkat tinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) semalam. Pada hari yang sama, Abe telah menerangkan kandungan kenyataan tersebut kepada Presiden Parti New Komeito (NK), Natsuo Yamaguchi. Menurut laporan media tempatan, Natsuo Yamaguchi telah meminta Abe agar menggunakan perkataan "pencerobohan", "penjajahan" dan "memohon maaf" yang pernah digunakan dalam "Kenyataan Murayama" pada 1995, namun Abe tidak menyataan persetujuan terhadap penggunaan perkataan "memohon maaf".

Menurut peraturan Jepun, resolusi Diet mesti diluluskan oleh semua ahli. Oleh sebab Menteri Pengangkutan, adalah dari parti New Komeito, "Kenyataan Abe" mesti diakui dan dipersetujui oleh parti itu sebelum dikeluarkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China