Cari:
China Komited Pelihara Keamanan Laut China Selatan dengan ASEAN
2015-08-08 15:48:41 CRI Cetak

China sentiasa berusaha untuk memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dengan negara-negara ASEAN.

Jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying menyatakan demikian ketika mengulas mengenai Pengumuman Bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-48.

Hua menyatakan, Menteri Luar China, Wang Yi telah menerangkan pendirian China berkaitan isu Laut China Selatan ketika menghadiri mesyuarat Menteri Luar Asia Timur di Kuala Lumpur. Beliau menegaskan, China sentiasa berpegang kepada penyelesaian melalui rundingan dengan negara yang langsung terlibat berdasarkan undang-undang antarabangsa dan sentiasa berusaha untuk memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan bersama-sama dengan ASEAN. China berharap meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dan menjadikan Laut China Selatan sebagai laut yang "damai, bersahabat dan kerjasama".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China