Cari:
China Baiki Sistem Pariti Pertengahan RMB
2015-08-12 13:16:04 CRI Cetak

Bank pusat China semalam mengumumkan keputusan untuk membaiki sistem penentuan kadar pariti pertengahan RMB. Sehubungan dengan itu, kadar pariti pertengahan RMB berbanding USD mencatat 6.2298, menurun hampir 2 peratus berbanding hari sebelumnya, sekali gus mencatat penurunan paling besar sejak pembaharuan sistem kadar pertukaran RMB pada tahun 2005.

Menurut Bank Rakyat China (PBOC), keadaan pariti pusat RMB yang menyimpang daripada kadar sebenarnya di pasaran sejak kebelakangan ini, telah menjejaskan prestasi nilai mata wang RMB. Oleh itu, sistem pariti pertengahan RMB perlu dibaiki.

Akhbar Wall Street Journal dalam artikelnya berkata, langkah ini turut memperlihatkan komitmen China untuk mewujudkan sistem pertukaran asing yang berorientasikan pasaran.

Akhbar Financial Times Britain pula berpendapat bahawa langkah tersebut membolehkan kadar pertukaran RMB lebih fleksibel mengikut arah aliran pasaran.

  

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China