Cari:
Murayama: Kandungan Utama Kenyataan Murayama Perlu Diwarisi
2015-08-12 14:57:57 CRI Cetak

Baru-baru ini, akhbar Harian Renminribao menyiarkan rencana mantan Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama yang bertajuk "Kandungan Utama Kenyataan Murayama Perlu Benar-benar Diwarisi". Menurut rencana itu, hanya Jepun yang mengakui sejarah pencerobohan dengan sikap terus terang, memohon maaf dan komited tidak akan melakukan kesalahan serupa sahaja yang dapat menjalin hubungan yang boleh dipercayai dengan negara jiran.

Tomiichi Murayama dalam rencana itu menyatakan bahawa perdana menteri sebagai wakil kerajaan Jepun mesti dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah serta mengakui dengan terus terang apa yang dilakukan oleh Jepun pada masa lalu. Jepun mesti memohon maaf dengan tulus ikhas kepada rakyat pelbagai negara Asia termasuk China, terutamanya atas perbuatan jahat Jepun yang mendatangkan kesengsaraan begitu besar pada masa lalu. Berdasarkan sikap itu, Jepun perlu komited tidak akan melakukan kesalaan serupa bagi menjalin hubungan yang boleh dipercayai dengan negara jiran.

Murayama menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya pada 20 tahun yang lalu telah mendapat pemahaman negara lain termasuk China dan Korea Selatan. Boleh dikatakan Kenyataan Murayama telah memberikan pandangan yang tepat terhadap isu sejarah. Sejak itu, semua pemimpin yang berturut-turut memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun menyatakan akan mewarisi kandungan utama Kenyataan Murayama termasuk juga Shinzo Abe pada masa menyandang jawatan Perdana Menteri buat kali pertama. Namun, setelah menyandang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua, Abe berkata sebahagian kandungan Kenyataan Murayama akan diwarisi, namun bukan semuanya. Pandangan dan niat sebenar Abe terhadap isu sejarah telah menimbulkan perhatian dan kebimbangan rakyat seluruh dunia. Dengan ini, Abe perlu benar-benar mewarisi kandungan utama Kenyataan Murayama. Sekiranya tidak menggunakan perkataan "pencerobohan", "penjajahan Kolonial", "mengambil ikhtibar daripada sejarah" dan "memohon maaf", Kenyataan Abe yang bakal dikeluarkan tidak akan membawa sebarang makna.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, Jepun komited mengamalkan dasar luar yang damai dengan menggubal Perlembagaan yang damai dan tidak mencetuskan peperangan lagi. Namun, sekarang Abe ingin meminda tafsiran Perlembagaan untuk membatalkan larangan pelaksanaan hak pertahanan diri kolektif, sehingga Jepun menghadapi ancaman pencetusan peperangan sekali lagi. Tindakan Abe itu menimbulkan tentangan keras rakyat Jepun dan suara tentangan itu akan semakin lantang pada masa depan.

Tomiichi Murayama dalam rencana itu menyatakan bahawa China mencintai kedamaian dan tidak melakukan hegemoni. China akan mengadakan aktiviti yang meriah di Beijing pada 3 September nanti untuk memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia. Beliau akan menyertai aktiviti itu jika badan sihat.

Tomiichi Murayama pada akhirnya menyatakan, hubungan China-Jepun tidak boleh diputuskan, perkembangan persahabatan dan pertukaran kedua-dua negara merupakan arah aliran yang tidak dapat dihalang sesiapa pun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China