Cari:
Presiden Xi: Ambil Iktibar Insiden Letupan Tianjin
2015-08-16 17:00:10 CRI Cetak

Insiden letupan yang berlaku di bandar Tianjin perlu diambil iktibar bagi mengelakkan tragedi serupa daripada berulang.

Presiden China, Xi Jinping dalam satu arahan bertulis berkata, insiden letupan di Tianjin dan siri kejadian teruk yang berlaku kebelakangan ini, turut mendedahkan masalah serius dalam bidang keselamatan pengeluaran. Pihak-pihak terlibat perlu meletakkan keselamatan pengeluaran dan kepentingan rakyat pada kedudukan yang paling utama.

Beliau meminta supaya langkah-langkah berprofil tinggi diambil untuk membaiki mekanisme respons kecemasan, memperhebat penguatkuasaan undang-undang dalam pengawalseliaan keselamatan dan meningkatkan pemeriksaan terhadap semua risiko keselamatan, bagi menjamin pengeluaran yang selamat.

Perdana Menteri, Li Keqiang, turut mengarahkan supaya langkah-langkah berkesan dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah semasa, sekali gus mewujudkan mekanisme jangka panjang bagi mengelakkan insiden serupa daripada berulang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China