Cari:
Xi Jinping Tuntut Teliti Insiden Letupan Dahsyat "12 Ogos" di Tianjin
2015-08-20 17:59:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat untuk mendengar laporan berhubung dengan operasi menyelamat insiden letupan dahsyat di gudang yang menyimpan barang berbahaya di Binhai Tianjin dan membincangkan tindakan selanjutnya.

Presiden China, Xi Jinping, telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucapan penting mengenai insiden tersebut. Presiden Xi menegaskan bahawa operasi menyelamat dan pelbagai urusan pasca insiden menghadapi cabaran. Oleh itu, pihak-pihak terbabit mesti memberikan keutamaan kepada nyawa rakyat dengan mengambil langkah-langkah yang lebih berkesan dan efisien agar sebarang tindakan dapat dijalankan dengan lancar.

Presiden Xi menuntut pihak-pihak terbabit terus berusaha menyelamatkan semua mangsa, memberi perubatan dan rawatan terbaik kepada mereka yang cedera, menjalankan pembersihan di lokasi insiden secara teratur, meningkatkan pengawasan dan pemantau di kawasan persekitaran, mengendalikan semua urusan pasca kemalangan dengan sempurna, menaruh perhatian terhadap penyampaian maklumat terkini dan pendapat umum serta menyiasat secara menyeluruh punca insiden dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut ke muka pengadilan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China