Cari:
Kerjasama Kapasiti Pengeluaran China Tidak Jejaskan Ekonomi Dunia
2015-08-20 14:52:42 CRI Cetak

Kerjasama kapasiti pengeluaran yang dilaksanakan oleh China adalah kerjasama dua hala yang saling menguntungkan dan juga bertujuan untuk memperkasakan kerjasama pragmatik dalam sektor ekonomi dan industri berkenaan berdasarkan keperluan pasaran setiap negara yang berbeza-beza.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang, semalam sebagai respons terhadap perkataan "langkah China memindahkan kapasiti pengeluaran ke negara lain telah menjejaskan ekonomi dunia" oleh media Barat baru-baru ini.

Shen Danyang menyatakan bahawa kerjasama pragmatik itu diperlukan oleh China dan negara berkenaan, maka tidak boleh disifatkan sebagai " China memindahkan kapasiti pengeluaran ke negara lain". Laporan media Barat tersebut sama sekali tidak bertanggungjawab.

Shen menegaskan bahawa kerajaan China komited terhadap kerjasama yang dijalankan menurut prinsip pasaran, peraturan antarabangsa, undang-undang China dan negara-negara lain untuk mewujudkan situasi saling menguntungkan serta menang-menang demi pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China