Upacara perbarisan tentera akan diadakan di Beijing untuk memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Pelbagai kerja persiapan sedang berjalan lancar di pangkalan latihan perbarisan tentera.
Upacara perbarisan tentera kali ini akan disertai lebih 10 ribu anggota tentera China, antaranya termasuk anggota tentera dalam 11 buah formasi dengan berjalan kaki, 27 buah formasi dengan kelengkapan senjata dan 10 buah formasi dengan pesawat, manakala anggota veteran yang pernah menyertai perang akan menyertai perbarisan itu dengan menaiki kereta dalam dua formasi. Selain itu, pasukan tentera dari beberapa negara lain juga diundang menyertai perbarisan itu.
Menurut maklumat berkenaan, kelengkapan senjata yang akan ditampilkan dalam perbarisan kali ini adalah kelengkapan buatan China model baharu.