Cari:
Sumbangan China dan Asia Tenggara dalam Perang Anti-Fasis Dunia
2015-08-25 12:36:04 CRI Cetak

2 September tahun ini merupakan hari ulang tahun ke-70 Jepun menandatangani surat menyerah kalah secara rasmi, juga ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Di samping memperingati hari yang bersejarah ini, kita patut mengambil iktibar perang yang mendatangkan kesengsaraan kepada seluruh umat manusia, supaya mengingati sejarah dan menghargai keamanan.

Jepun mencetuskan perang pencerobohan terhadap kawasan timur laut China pada 18 September tahun 1931. Perjuangan rakyat China menentang penceroboh Jepun itu telah melabuhkan tirai Perang Anti-Fasis Dunia. "Peristiwa 7 Julai" pada tahun 1937 di Beijing menandakan bermulanya perang pencerobohan Jepun terhadap China secara menyeluruh dan sejak itulah, rakyat China bangkit dan berjuang menentang pencerobohan Jepun.

Menurut Naib Ketua Pusat Kajian Asia Selatan dan Asia Tenggara, Institut Kajian Hubungan Antarabangsa Kontemporari China, Encik Zhang Xuegang, medan perang China memberikan sumbangan besar dalam perang anti-Fasis dunia. Katanya,

"Medan perang China bersangkut paut dengan medan perang Asia Tenggara dan medan perang Pasifik. Kemenangan di medan perang China memberikan sumbangan dan sokongan besar demi kemanangan di medan perang Asia Tenggara dan medan perang Pasifik. Perang rakyat China menentang pencerobohan Jepun merupakan perjuangan paling awal, berlarutan paling lama dan mengakibatkan pengorbanan paling teruk, maka dianggap sebagai sebahagian yang amat penting dalam perang anti-Fasis dunia. Perjuangan China tersebut berjaya mematahkan kemaraan penceroboh Jepun, sekali gus memberikan sumbangan yang besar yang membawa kepada kemenangan Perang Dunia II."

Tentera Jepun menetapkan strategi serangan ke utara, barat dan selatan. Jepun mencetuskan perang Pasifik pada bulan Disember tahun 1941 dan menduduki Asia Tenggara dalam masa kurang separuh tahun. Berikutan kekalahan Britain dan Amerika Syarikat (AS), medan perang China membantutkan sebahagian besar pasukan darat dan laut Jepun, maka Jepun terpaksa menangguhkan jadual menyerang ke arah selatan, dan juga mengelakkan Kesatuan Soviet daripada berhadapan dengan Jerman dan Jepun pada masa yang sama.

Ahli akademik Pusat Kajian Ketenteraan Dunia Akademi Ketenteraan China, He Xincheng menyatakan bahawa perjuangan menentang Jepun di Asia Tenggara antara komponen penting dalam perang anti-Fasis dunia. Katanya,

"Rakyat di kawasan Asia Tenggara yang diduduki oleh Jepun berjuang dari segi politik, ekonomi, kebudayaan dan pertempuran bersenjata."

Bekas Presiden AS, Franklin D.Roosevelt memberikan penilaian terhadap sumbangan China dalam perang anti-Fasis dunia sebagai berikut: "Sekiranya tiada China atau China dikalahkan, ada berapa divisyen dan rejim pasukan Jepun dapat dihantar ke medan perang yang lain. Mereka boleh segera menduduki Australia, India dan terus menyerang Asia Barat."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China