Cari:
Alasan "Membebaskan Asia Tenggara" Tidak Berasas
2015-08-28 13:05:18 CRI Cetak

2 September tahun ini merupakan hari ulang tahun ke-70 Jepun menandatangani surat menyerah kalah secara rasmi, serta ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Di samping memperingati hari yang bersejarah ini, kita patut mengambil iktibar daripada peperangan yang mendatangkan kesengsaraan kepada seluruh umat manusia, supaya mengingati sejarah dan menghargai keamanan.

Semasa Perang Dunia II, negara-negara Asia Tenggara masing-masing dijajahi oleh Britain, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Belanda. Jepun melancarkan Perang Pasifik pada 7 Disember 1941 atas alasan "membebaskan Asia Tenggara" daripada penjajah Barat. Jepun berjaya mengalahkan AS dan Britain, serta menduduki seluruh rantau ini dalam masa tidak sampai separuh tahun. Jepun telah mengemukakan slogan "orang Asia mentadbir Asia" dan penjajahan Jepun telah dimulakan. Selepas perang, Jepun masih lagi menganggap diri sebagai "pembebas Asia Tenggara", pendirian itu sebenarnya mencantikkan sejarah pencerobohannya.

Mendukung kekerasan dan peluasan ketenteraan merupakan ciri-ciri militarisme Jepun. Sarjana isu Jepun dari Pusat Kajian Hubungan Antarabangsa, Universiti Hal Ehwal Luar China, Prof. Zhou Yongsheng berpendapat bahawa pencerobohan Jepun terhadap Asia Tenggara bertujuan untuk menggantikan kedudukan penjajah Barat di rantau ini. Katanya, "Jepun, negara feudal dan imperialis ketenteraan yang membangun lewat, ciri militarisme menjadikannya lebih berkeinginan besar dan lebih kejam. Negara itu mahu menggantikan penjajah Eropah yang membangun lebih awal, mengawal Asia Tenggara bahkan seluruh Asia. Jika dilihat dari sudut ini, pencerobohan Jepun sama sahaja dengan penjajahan AS dan Britain, maka tidak boleh dikatakan membebaskan rakyat Asia."

Pada hakikatnya, Jepun membunuh, menyeksa dan menghambakan rakyat tempatan selepas menduduki Asia Tenggara. Naib Kurator Muzium Perang Menentang Pencerobohan Jepun, China, Encik Li Zongyuan menyatakan, "Pencerobohan Jepun di Asia Tenggara merupakan tindakan menjarah sumber. Di bawah pemerintahan bayonet Jepun, nyawa, maruah dan hak asas penduduk tempatan tidak dipedulikan. Selain merampas kekayaan, mereka turut mengganggu sistem kewangan tempatan dengan memaksa penggunaan kupon yang sebenarnya tiada nilai."

Yang membebaskan rakyat Asia Tenggara ialah kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia. Sekiranya tidak diperangi sehingga menyerah kalah, tentera Jepun tidak akan berundur dari Asia Tenggara secara sukarela. Berdasarkan Deklarasi Kaherah dan Perisytiharan Potsdam, Jepun mengundurkan diri dari kawasan yang dicerobohinya. Rejim zalim yang menggelar diri sebagai "pembebas Asia Tenggara" itu juga tidak terlepas daripada perbicaraan adil oleh Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh atas tindakan pencerobohannya di Asia Tenggara.

China telah menyumbang tenaga untuk perjuangan negara-negara Asia Tenggara demi kebebasan. Sebagai salah sebuah daripada empat negara perikatan anti-Fasis, China menjunjung tinggi kemerdekaan negara-negara Asia Tenggara dan menentang order lama yang bercirikan pemerintahan kolonial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China