Cari:
China, Rusia Meterai Perjanjian Kerjasama
2015-09-04 10:59:25 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan terima kasih kepada Rusia atas sokongannya terhadap aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di negara ini serta menghantar tentera untuk menyertai perbarisan tentera.

Presiden Xi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Beijing semalam.

Beliau berkata, China dan Rusia masing-masing medan perang utama di Asia dan Eropah semasa Perang Dunia Kedua, dan telah memberikan sumbangan dan pengorbanan yang besar demi kemenangan perang itu. Kedua-dua negara ini masing-masing mengadakan aktiviti memperingati sejarah itu adalah untuk menggalakkan kedamaian serantau dan antarabangsa serta menyuntik tenaga positif terhadap keamanan dan kemajuan umat manusia.

Xi menegaskan China tetap mengekalkan hubungan rakan kerjasama strategik yang menyeluruh dengan Rusia dan bersedia untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Rusia. Kedua-dua negara perlu membuat rancangan jangka panjang tentang pembinaan Zon Ekonomi Jalan Sutera dan pembangunan Kesatuan Ekonomi Eurasia serta melaksanakan pelbagai program kerjasama dengan baik.

Putin pula menzahirkan rasa gembira kerana dapat hadir dan memeriahkan aktiviti sambutan di China.

Menurut beliau, Rusia bersedia untuk mengintensifkan hubungan rakan kerjasama strategik Rusia-China, terus meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang sumber tenaga, petrokimia, kewangan, aeroangkasa, sains dan teknologi, serta industri perkilangan.

Beliau menambah, Rusia akan terus memperkukuh penyelarasan dan kerjasama dengan China dalam rangka pertubuhan antarabangsa dan serantau.

Presiden kedua-dua negara telah bersama-sama menyaksikan majlis penandatanganan beberapa perjanjian kerjasama dua hala selepas pertemuan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China