Cari:
Kenyataan Filipina Mengelirukan
2015-09-07 18:01:38 CRI Cetak

Kenyataan Filipina yang mempersoalkan hasrat murni dan komitmen China untuk memelihara kedamaian  bertentangan dengan fakta dan mengelirukan orang ramai. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, dalam sidang media di Beijing hari ini.

Kementerian Pertahanan Filipina semalam mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan tindakan China mempamerkan pelbagai jenis senjata canggih dalam upacara memperingati kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, jurucakap itu berkata, dalam upacara tersebut, China telah menzahirkan keikhlasan dan komitmen yang tinggi untuk mempertahankan kedamaian apabila mengumumkan pengurangan 300 ribu orang anggota tenteranya. Tindakan China itu turut mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China