Cari:
China, Penerima FDI Terbesar
2015-09-09 15:10:28 CRI Cetak

Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke China mencatat USD 129 bilion pada tahun lalu, meningkat 4 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya. China buat pertama kali mengatasi AS sebagai penerima modal asing terbesar di dunia.

Demikian menurut Laporan Pelaburan Dunia 2015 (Versi Bahasa Cina) yang dikeluarkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) di Xiamen semalam.

Laporan itu turut menyebut sepuluh destinasi yang memperoleh pengaliran masuk FDI terbesar pada tahun lalu ialah China, Hong Kong China, AS, Britain, Singapura, Brazil, Kanada, Australia, India dan Belanda.

Pengarah Bahagian Pelaburan dan Perusahaan UNCTAD, Zhan Xiaoning berkata, laporan tersebut menunjukkan China masih antara destinasi pelaburan yang paling menarik di dunia, dan juga mencerminkan kedudukan dan peranan China dalam pola pelaburan antarabangsa semakin meningkat.

Zhan bagaimanapun menjelaskan, keadaan itu juga disebabkan FDI AS yang semakin menurun. Beliau menjangkakan jumlah pengaliran masuk FDI AS akan kembali pulih, dan negara itu berkemungkinan akan terus mengungguli kedudukan sebagai penerima FDI yang terbesar di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China