Cari:
PM Li: China Tetap Pemangkin Ekonomi Dunia
2015-09-10 16:26:21 CRI Cetak

Ekonomi China tidak akan mengalami "pendaratan keras". Kerajaan berkemampuan untuk menangani sebarang cabaran sekiranya pertumbuhan ekonomi didapati tersasar daripada julat yang munasabah.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang, ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Forum Davos Musim Panas yang dirasmikan di Dalian hari ini.

PM Li berkata, ekonomi China tetap mengekalkan trend perkembangan yang stabil walaupun mengalami pergolakan pada masa ini. Kadar pertumbuhan ekonomi China mencatat 7 peratus pada separuh pertama tahun ini. Angka ini menduduki tempat teratas antara entiti ekonomi utama di dunia.

Tambah beliau lagi, jika dibandingkan dengan cabaran semasa, ekonomi China masih mempunyai peluang yang cerah. China bukanlah punca risiko ekonomi dunia, sebaliknya merupakan antara pemangkin utama pertumbuhan ekonomi sejagat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China