Cari:
Forum Hak Asasi Manusia Beijing 2015
2015-09-16 17:24:07 CRI Cetak

Forum Hak Asasi Manusia Beijing 2015 dirasmikan hari ini. Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniahnya sempena perasmian forum itu berkata, usaha memastikan hak asasi manusia dinikmati sepenuhnya oleh rakyat merupakan matlamat bersama seluruh umat manusia. Hak asasi manusia mestilah terus digalakkan melalui interaksi antara tamadun yang berbeza dan kerjasama antara pelbagai negara.

Presiden Xi berkata, forum yang bertemakan "Keamanan dan Perkembangan:Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia dan Kemajuan dalam Hak Asasi Manusia" kali ini menggalakkan pelbagai pihak memikirkan dengan teliti tentang hak kedamaian dan hak perkembangan manusia.

Beliau turut menyarakan masyarakat antarabangsa supaya memberikan tumpuan kepada pembangunan hak asasi manusia di negara-negara membangun. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China