Cari:
Obama: Pertemuan Pemimpin China-AS Bakal Capai "Banyak Hasil"
2015-09-17 14:35:02 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama menyatakan bahawa pertemuan yang akan diadakan antara beliau dengan Presiden China, Xi Jinping berfaedah kepada kedua-dua pihak dan akan mencapai "banyak hasil".

Dalam sesi tanya-jawab selepas menyampaikan ucapan pada Sidang Meja Bulat Perniagaan AS yang beribu pejabat di Washington semalam, Obama menyatakan bahawa pertemuan pemimpin AS-China itu sekurang-kurangnya akan mencapai kemajuan bersifat membina dalam bidang sumber tenaga, perubahan iklim dan China memperbaiki layanan terhadap pelabur asing. Selain itu, keselamatan siber antara topik utama yang akan dibincangkan kedua-dua pemimpin itu.

Obama menyatakan bahawa pembangunan China secara damai dan teratur sejajar dengan kepentingan AS dan juga berfaedah kepada dunia. Beliau juga menganggap dialog dalam bidang ketenteraan antara kedua-dua negara lebih baik berbanding dengan masa lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China